Pilih satu Halaman

Peraduan Nak Kulit Sihat 2020

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

PENGANJUR: Qaseh Suri Marketing
PROMOSI: Peraduan Beli dan Menang (Nak Kulit Sihat 2020)
TEMPOH PROMOSI: Bermula pada 1/7/2019 sehingga 31/12/2019

KELAYAKAN:

1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pelanggan Shower Gel Ikonlady di seluruh Malaysia (warganegara ) yang berusia 18 tahun dan ke atas kecuali :

a) Kakitangan syarikat Qaseh Suri Marketing serta ahli keluarga mereka yang terdekat.

b) Rangkaian pengedar Qaseh Suri Marketing serta ahli keluarga mereka yang terdekat.

2. Setiap pembelian produk Ikonlady yang tulen layak menyertai Peraduan Beli dan Menang (Nak Kulit Sihat 2020). Semakin banyak produk dibeli, scan qr code dan hantar maklumat di borang atas talian yang disediakan, semakin tinggi peluang untuk menang.

CARA-CARA PENYERTAAN:

1. Beli satu dan/atau lebih Shower Gel Ikonlady.
2. Pastikan telefon pintar anda ada pengimbas (scanner) Kod QR.
3. Scan pelekat hologram di botol Shower Gel Ikonlady

KAEDAH PENYERTAAN:

Pembelian produk yang ada pelekat hologram :

1. Scan hologram yang ada pada setiap produk Ikonlady yang dibeli.
2. Klik “Join sekarang” di halaman sesawang yang muncul.
3. Pelanggan hendaklah menghantar maklumat ke laman sesawang selepas scan:

Nama:
Alamat:
No. Tel:
Email:
No.ID Pelanggan:
Harga Belian:

PENGHANTARAN MAKLUMAT:

1. Setiap maklumat yang diberikan oleh pelanggan mestilah bersamaan dengan yang didaftarkan pada Kad Pengenalan diri pelanggan.
2. Sebarang masalah atau laporan atau isu yang dialami ketika menghantar maklumat yang tepat di atas talian tidak akan dilayan sama sekali.

HADIAH PERADUAN:

1. Pihak Ikonlady hanya akan memberi sebuah Gelang Pandora sahaja sebagai hadiah.
2. Hadiah hanya akan diberi selepas pihak Ikonlady menetapkan tarikh Peraduan.

LIABILITI DAN TANGGUNGJAWAB:

1. Para peserta yang layak dan yang terpilih akan dihubungi melalui telefon dalam 48 jam daripada tarikh pemakluman pemenang.
2. Jika ada pelanggan yang telah membeli produk sebelum 1/7/2019 atau selepas 31/12/2019 tidak layak untuk menyertai Peraduan Beli dan Menang (Nak Kulit Sihat 2020)

HAK PENGANJUR:

1. Pihak Ikonlady berhak mengubah syarat dan terma penyertaan atau menangguhkan tempoh penebusan tanpa perlu memberi notis kepada pelanggan terlebih dahulu.
2. Dengan menyertai peraduan ini, pelanggan bersetuju untuk membenarkan pihak penganjur untuk menerbitkan dan menggunakan nama dan/atau gambar pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran dan/atau publisiti dari semasa ke semasa.
3. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan pelanggan jika melanggar salah satu terma dan syarat peraduan.

N

Scan

Scan hologram yang ada pada setiap produk Ikonlady yang dibeli.

N

Klik

Klik “Join sekarang” di halaman sesawang yang muncul.

N

Hantar

Pelanggan hendaklah menghantar maklumat ke laman sesawang selepas scan.